Ramai dalam kalangan mereka menyifatkan pernikahan itu sebagai janggal dan bermotifkan material.

“Pernikahan itu bukan sehari dua sahaja kerana faktor usia. Kasihan isterinya kerana kalau inginkan harta mungkin boleh dapat tetapi bagaimana dengan keperluan batin,” kata Lukman.

Walau bagaimanapun umpatan dan keji itu segera disangkal oleh keluarga Fitria dengan menegaskan bahawa pernikahan itu tidak mempunyai unsur paksaan tetapi telah dipersetujui oleh pengantin perempuan.

“Tiada paksaan daripada orang tua kami tetapi atas keputusan adik sendiri (Fitria).”

“Memang kami berfikir panjang tentang hal ini tetapi akhirnya kami bersetuju,” ujar Andi Aso, kakak kepada Fitria.

Tajuddin dan Andi Fitria melangsungkan pernikahan pada 22 April lalu di Dusun Tanah Tengah, Desa Liliriawang, daerah Bengo, Bone di hadapan penghulu mukim itu.

Hantaran daripada pihak lelaki terdiri daripada wang tunai berjumlah 150 juta rupiah (RM48,851), barangan emas seberat 200 gram, sebuah rumah berharga 700 juta rupiah (RM227,972) di Kota Makassar dan kereta jenis Honda Civic Turbo berharga lebih 400 juta rupiah (RM130,270)

Sementara itu Ketua Desa Liliriawang, Sunding berkata, pernikahan antara warga emas itu dan Fitria adalah hasil persetujuan kedua-dua pihak dan keluarga.

Tajuddin adalah bekas Setiausaha Daerah dan wakil Wali Kota Parepare Sulawesi Selatan.

Sementara Fitria pula merupakan penuntut di salah sebuah institusi perguruan swasta di Makassar. –KOMPAS.COM