Sekurang-kurangnya 17 pemain pasukan kriket Bangladesh menaiki bas untuk mengerjakan solat Jumaat di Masjid Al Noor, Christchurch ketika pengganas bersenjata menyerang masjid berkenaan.

Pasukan itu tiba di lapangan terbang di sini lewat malam semalam, menurut jurucakap Lembaga Kriket Kebangsaan, Rabeed Imam.

"Apa yang saya mampu cakap adalah, bersyukur kerana selamat dan selamat kembali ke tanah air. Sukar saya nak gambarkan apa yang kami lalui dan lihat," jelas salah seorang pemain pasukan kriket Bangladesh, Mahmudllah Riyad.

Pasukan itu berada di New Zealand untuk sesi perlawanan menentang tuan rumah yang dijadual berlangsung semalam tetapi dibatalkan. - AFP