Hari ini, lebih 30 penerbangan terpaksa dibatalkan atau diubah lokasi pendaratan, dengan satu penerbangan antarabangsa terpaksa diarahkan mendarat di lapangan terbang Mumbai.

Semalam, lebih 100 penerbangan dan berpuluh-puluh perkhidmatan kereta api terjejas disebabkan kadar penglihatan yang teruk akibat kabus tebal.

Press Trust of India melaporkan, kabus tebal mula menyelubungi kawasan lapangan terbang New Delhi malam tadi, sebelum bertambah buruk pagi ini. - AGENSI