The Straits Times memetik Hsien Loong sebagai berkata, beliau kesal kerana pergaduhan itu telah mencemarkan reputasi Singapura dan keyakinan rakyat negara ini terhadap kerajaan pimpinannya.

Pemimpin itu dalam kenyataannya semalam bagaimanapun menyatakan kesediaan untuk menyangkal segala tuduhan yang dibuat dua adiknya, Dr. Lee Wei Ling dan Lee Hsien Yang secara terbuka selepas ini.

Difahamkan, kenyataan tersebut akan dibuat ketika Parlimen Singapura bersidang pada 3 Julai ini. - AGENSI