Kenyataan rasmi daripada Istana Kensington memaklumkan, perarakan berkuda sejauh 3.2 kilometer itu adalah untuk tatapan rakyat.

“Mereka berharap perjalanan perarakan berkuda ini akan memberi peluang kepada rakyat untuk berkumpul di sekitar Windsor dan menikmati hari istimewa itu.

“Laluan perarakan ini akan berakhir di sebuah taman menuju ke Istana Windsor yang merupakan kediaman bagi raja-raja dan ratu Britain selama 1,000 tahun,” jelas kenya­taan itu.

Dalam pada itu, pihak istana memaklumkan, pasangan itu akan menyertai tetamu dalam majlis keraian di luar Istana Windsor selepas perarakan.

Putera Charles menganjurkan majlis keraian tersebut pada sebe­lah petang untuk kenalan dan kerabat diraja.

Perkahwinan diraja ini bakal menarik perhatian seluruh dunia sama seperti perkahwinan Putera William pada 2011.

Putera Harry dan Meghan sebelum ini mengumumkan pertunangan mereka pada tahun lalu dan akan melangsungkan per­kahwinan pada 19 Mei ini di St. George Chapel di Istana Windsor. – REUTERS