Sebanyak 78 peratus daripada 1,200 orang yang menyertai kaji selidik itu menyatakan kepuasan hati mereka terhadap tindakan keras kerajaan terhadap isu dadah.

Jumlah sokongan itu menurun sebanyak 12 peratus berbanding kaji selidik yang dijalankan pada bulan Disember lalu.

Hampir 9,000 orang termasuk pengedar dan penghisap dadah telah dibunuh di Filipina sejak Duterte mengambil alih jawatan Presiden pada 30 Jun tahun lalu.

Menurut polis, kira-kira satu pertiga daripada mangsa ditembak oleh mereka dalam usaha mempertahankan diri ketika menjalankan operasi.

Sementara itu, kumpulan pemantau hak asasi manusia percaya seramai dua pertiga mangsa lagi telah dibunuh oleh pembunuh upahan yang mendapat sokongan polis.

Selain itu, 92 peratus daripada responden kaji selidik itu mahukan pihak berkuasa menangkap suspek kes dadah hidup-hidup daripada membunuh mereka.

Sekurang-kurangnya lima peratus responden berkata, polis berkemungkinan bercakap benar mengenai situasi sebenar pembunuhan suspek kes dadah berkenaan manakala 14 peratus lagi percaya pihak berkuasa menipu. – REUTERS