Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Laurent Nunez, perkara tersebut salah satu daripada pilihan yang ada namun bukan pada masa ini.

“Kita perlu berkemampuan untuk menghentikannya kerana mereka yang melakukan adalah komited dan akan meneruskan walau apa pun.

“Pada Sabtu lalu, terdapat peserta demonstrasi mempunyai ‘niat untuk membunuh’ berikutan rampasan tukul-tukul dan marmar besi dikalangan 412 yang ditangkap serta seorang pegawai polis hampir dibunuh sekumpulan peserta di Tugu Peringatan Arc de Triomphe,” katanya ketika dihubungi radio RTL.

Kerajaan Perancis sedang mengadakan perbincangan dengan pemimpin parti-parti politik bagi menangani protes akar umbi itu yang tercetus bulan lalu berikutan kenaikan cukai minyak. - AFP

Habis