Akhbar Perancis, Le Parisien­ melaporkan, Pengangkutan Udara Gendarmerie Perancis (GTA) mahu memeriksa data daripada pengendali rangkaian satelit global Britain, Inmarsat yang mengesan kedudukan pesawat berkenaan ke selatan Lautan Hindi dari Australia Barat, lokasi MH370 dipercayai terhempas.

Tambah laporan itu, GTA mahu meneliti semula semua data teknikal yang dibekalkan oleh Inmarsat bagi mengetahui kesahihannya dan mengesahkan sama ada laluan pesawat itu dikesan dengan betul.

GTA dibenarkan untuk menjalankan siasatan sendiri selepas empat rakyat Perancis merupakan antara mangsa nahas pesawat terbabit.

Susulan itu, ahli keluarga mang­sa mengeluarkan kenyataan mendesak kerajaan Malaysia untuk mendedahkan semua data, terma­suk data radar tentera bagi semakan dan analisis oleh pakar bebas.

Pada 30 Julai lalu, Pasukan Penyiasatan Keselamatan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Malaysia tidak dapat mengenal pasti punca sebenar kehilangan pesawat MH370.

Dapatan itu dirumuskan da­lam laporan siasatan keselamatan pasukan tersebut setebal 449 muka surat.