UNHRC turut mengarahkan agar Perancis meneliti semula larangan terbabit.

Menurut pertubuhan tersebut, Perancis gagal menarik balik larangan berkenaan dan negara itu diberi tempoh selama 180 hari untuk melaporkan kembali apa tindakan yang telah diambil.

“Secara khususnya, UNHRC tidak termakan dengan dakwaan Perancis bahawa larangan itu adalah perlu dan selaras dengan aspek keselamatan atau untuk mencapai matlamat ‘hidup bersama’ dalam masyarakat,” kata pertubuhan terbabit. - REUTERS