“Kami akan memasang kamera pengawasan pada satelit supaya kami tahu siapa yang cuba menyerang kami,” kata Menteri Pertahanan, Florence Parly kepada stesen televisyen tempatan, CNews.

Tahun lalu, Perancis mengenalpasti cubaan Rusia untuk memintas transmisi daripada satelit tentera digunakan oleh Perancis dan Itali.

Rancangan terbaharu itu diumumkan seminggu selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan pelan untuk membina ‘Tentera Angkasa’, cawangan baharu bagi tentera AS pada 2020. - REUTERS