Pepper berharga 15,000 pound (RM83,578) sedang menjalani ujian di United Kingdom (UK), Poland dan Greece.

Mail Online melaporkan, rancangan penggunaan robot yang digelar ‘Pepper’ itu bagaimanapun menimbulkan kebimbangan bahawa mesin berkenaan akan menggantikan kakitangan sedia ada di premis jagaan orang tua di Britain.

Buat masa ini, Pepper yang berharga 15,000 pound (RM83,578) sedang menjalani ujian di Uni­ted Kingdom (UK), Poland dan Greece.

Menurut pakar, Pepper diharap­kan dapat membantu memantau denyut nadi dan tanda-tanda pe­nyakit dalam kalangan warga emas sekali gus memberi amaran kepada kakitangan premis berkenaan.

Bagaimanapun menurut pengkritik, Pepper tidak sepatutnya akan menggantikan interaksi ma­nu­sia dengan warga emas dan men­cadangkan dana diperuntukkan terhadap krisis penjagaan warga emas ketika jumlah orang tua di Britain semakin meningkat.

Kaunselor yang menguruskan rumah jagaan warga emas di Southend, Lesley Salter berkata, Pepper agak comel, baik hati, menarik dan belajar sepanjang masa.

“Kami percaya Pepper akan memberikan kesan positif kepa­da penjagaan sosial,” katanya.

Pepper setinggi 121 sentime­ter dan bergerak menggunakan tiga roda itu bagaimanapun tidak akan digunakan dalam penjaga­an peribadi seorang warga emas di Southend.

Robot itu yang dilengkapi ka­mera dengan perisian yang dapat mengecam wajah serta empat mik­rofon yang membolehkannya mentafsir suara dan ekspresi dalam membantu mesin berke­naan menentukan sekiranya seseorang individu itu gembira.

Bagaimanapun jurucakap kesatuan Unison, Matthew Egan berkata, senyuman atau pelukan dari sebuah robot hanya memberikan kelegaan kecil terhadap sesiapa yang berasa sedih dan kesunyian.

Katanya, membeli robot mung­kin lebih murah daripada mela­tih dan menggaji kakitangan ber­pengalaman namun mesin itu hanya menutup masalah yang lebih besar.

“Oleh kerana kita hidup lebih lama, tambahan satu juta pekerja jagaan orang tua diperlukan bagi memantau setiap orang dan akan dapat direalisasikan jika kerajaan menyediakan dana yang diperlukan,” katanya.