Boeing 777 yang hilang pada Mac 2014 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 239 penumpang masih tidak ditemui walaupun pencarian diketuai oleh Australia di selatan Lautan Hindi dan diteruskan oleh Malaysia.

Kegagalan untuk menemukan pesawat itu telah menyebabkan pelbagai teori berbeza daripada penemuan akhir Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang mengetuai pencarian tersebut.

Teori baru yang mendakwa juruterbang pesawat itu melakukan pendaratan cemas di permukaan laut dinyatakan dalam sebuah buku oleh pakar kemalangan udara dunia, Larry Vance yang dilancarkan pada minggu ini

Vance turut menegaskan terdapat kegagalan dalam siasatan yang diketuai ATSB yang dipercayainya menjurus kepada penemuan salah tentang senario akhir pesawat itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Teknikal ATSB, Peter Foley yang mengetahui pencarian MH370, mempertahankan penemuan akhirnya dengan mengatakan pegawai penyiasat telah meneliti nasihat pakar dan analisis.

“ Saya dengan yakin telah menimbangkan setiap bukti yang ada pada ketika itu ,” katanya.-AFP