Menteri berkenaan dalam kenyataan di televisyen Al Arabiya berkata, pihak berkuasa turut menahan lima orang militan, termasuk seorang wanita.

Pihak berkuasa Arab Saudi mendakwa terdapat tiga kumpulan kecil militan merancang serangan ke atas umat Islam yang sedang menunaikan solat di Masjidilharam.

Dalam serbuan semalam, anggota militan berkenaan telah berbalas tembakan dengan anggota keselamatan sebelum meletupakan diri di sebuah rumah di tengah kota Mekah berhampiran kawasan Ajyad al-Masafi.

Letupan itu menyebabkan bangunan berkenaan runtuh, mengakibatkan enam warga asing dan lima anggota keselamatan cedera.

Menteri berkenaan turut mendedahkan kumpulan ketiga militan telah digempur di Jeddah, beliau bagaimanapun tidak memperincikan kejadian tersebut. - Agensi