Menerusi laporan media antarabangsa, Bennington ditemui menggantung dirinya di dalam sebuah bilik di rumahnya yang terletak di Los Angeles.

Mempunyai enam orang anak menerusi dua perkahwinan, Bennington sebelum ini memang sudah diketahui mempunyai masalah ketagihan dadah dan alkohol.

Penyanyi ini juga pernah menyatakan niat untuk membunuh diri sebelum ini akibat tekanan pernah didera sewaktu kecil.

Sementara itu Linkin Park yang terkenal menerusi beberapa lagu hits mereka diseluruh dunia seperti Faint, In The End dan Crawling juga pernah bekerjasama dengan penyanyi Jay Z. Album mereka berjudul Meteora juga merupakan antara yang terlaris di seluruh dunia.

Kumpulan ini juga pernah mengadakan persembahan di Kuala Lumpur sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2003 dan 2013. - UTUSAN ONLINE