Menurut anaknya, Mario kepada laman web kompas.com, bapanya yang berusia 65 tahun itu meninggal dunia semasa sedang menjalani rawatan mengeluarkan toksin daripada tubuhnya.

Dua minggu lalu, penyanyi itu dikejarkan ke hospital di selatan Jakarta setelah mengalami sesak nafas dan masalah kekurangan gula dalam darah.

Beliau kemudian disahkan menghidap penyakit hati dan kencing manis.

Kata Mario, bapanya beransur pulih pada Jumaat lalu namun sehari kemudian kesihatannya semakin merosot sehingga malam tadi.

“Malam tadi keadaannya semakin serius,” ujarnya yang memberitahu jenazah bapanya akan disemadikan pada Sabtu ini di Kampung Kandang, selatan Jakarta.