Menurut laporan Bangkok Post, sekumpulan aktivis yang menggelarkan diri sebagai People Who Want Elections pada ahad lalu berkumpul di restoran McDonald di Ratchaprasong untuk mendapatkan sokongan orang ramai terhadap petisyen bagi mendesak penyingkiran tersebut.

Kumpulan itu diketuai beberapa orang aktivis termasuk Anurak Jeantawanich, Sudsanguan Suthisorn dan Ekachai Hongkangwan.

100 anggota keselamatan dikerahkan untuk berkawal di sekitar kawasan di mana kumpulan tersebut berhimpun.

Jeantawanich berkata, perhimpunan tersebut yang turut melibatkan penggunaan alat pembesar suara mendapat kebenaran daripada pejabat polis di Lumpini.

Namun, pihak polis tetap menghalang dan turut merampas alatan dimiliki kumpulan berkenaan.-AGENSI