Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Penumpang EgyptAir boleh bawa peranti elektronik

Gambar fail pesawat  EgyptAir  di Lapangan Terbang Kaherah.
Gambar fail pesawat EgyptAir di Lapangan Terbang Kaherah. AFP

KAHERAH 2 Sept. – Penumpang EgyptAir dari Kaherah ke Bri­tain akan dibenarkan membawa peranti elektronik peribadi dalam kabin pesawat.

EgyptAir dalam kenyataan berkata, larangan membawa komputer riba untuk penum­pang EgyptAir dari Kaherah ke Britain akan ditarik semula.

Kenyataan yang memetik sumber sebagai berkata, penarikan semula larangan tersebut berkuat kuasa esok bagi semua penerbangan EgyptAir dari Kaherah ke United Kingdom.

Katanya, keputusan menarik semula larangan terbabit dibuat selepas pihak berkuasa pengangkutan UK meluluskan langkah keselamatan yang dilaksanakan bagi semua penerbangan syarikat itu ke London.

Amerika Syarikat (AS) pada bulan Mac lalu melarang penggunaan peranti elektronik dan komputer riba bagi penerbangan ke lapan negara Afrika Utara dan Asia Barat pada Mac lalu berdasarkan maklumat risikan bahawa militan Daesh cuba melakukan serangan bom menggunakan peralatan ber­kenaan.

Larangan itu kemudiannya turut dilaksanakan oleh Britain melibatkan semua penerbang­an terus dari Turki, Jordan, Mesir, Lubnan, Arab Saudi dan Tunisia ke negara itu .

AS pada bulan Julai lalu, bagaimanapun menarik balik larangan itu. – AFP

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain