Lapor Mail Online, berikutan itu, sebuah syarikat iaitu Bristol Robotics Laboratory memba­ngun­kan sistem pengecaman wa­jah yang mampu mengesan rupa seseorang walaupun mereka bergerak pantas sepanjang platform kereta api.

Imej wajah mereka itu kemudian diperiksa menerusi pangkalan data pengguna dan tiket dibayar secara dalam talian.

Sistem tersebut menarik minat pelabur daripada Lembaga Piawaian dan Keselamatan Kereta Api serta francais kereta api terbesar Britain, Go-Ahead untuk memberikan dana dalam projek itu.

Menurut Prof. Lyndon Smith dari Bristol Robotics Laboratory, sistem berkenaan akan beroperasi dalam tempoh tiga tahun dan lorong khas tanpa tiket bakal disediakan di semua ste­sen kereta api.

“Wajah kita adalah kunci untuk melakukan segala-galanya di dunia serba moden,” katanya.

Walau bagaimanapun, tekno­logi pengecaman wajah masih belum dapat diterima secara meluas oleh para pengguna di dunia ekoran pelbagai faktor keselamatan yang diambil kira.

Bulan lalu, sebuah syarikat yang berpusat di United Kingdom (UK), Blippar melancarkan aplikasi telefon pintar pertama di dunia yang menggunakan perisian pengenalan wajah untuk mengenal pasti dengan serta-merta data maklumat peribadi seseorang.