Bagaimanapun, langkah ini dijangka menambah kenaikan premium pada tahun depan.

Sebelum ini, kebenaran terhadap bayaran berbilion dolar kepada syarikat insurans diberikan kepada pemegang insurans yang sakit.

Dalam satu pengumuman semalam, Pusat Medicare dan Perkhidmatan Medicaid berkata, pentadbiran Trump bertindak demikian berikutan keputusan mahkamah yang bercanggah dalam tuntutan undang-undang difailkan oleh beberapa syarikat insurans kecil mempersoalkan sama ada mereka diperlakukan dengan adil di bawah program ini.

Program ‘pelarasan risiko’ mengambil bayaran daripada syarikat insurans yang mempunyai pelanggan sihat dan mengagihkan semula wang itu kepada syarikat yang mempunyai pemegang insurans yang sakit.

Pembayaran untuk tahun 2017 ialah $10.4 bilion (RM42.02 bilion) dan tiada subsidi pembayar cukai terlibat.

Idea di sebalik program ini adalah untuk mengeluarkan insentif kewangan bagi syarikat insurans yang ‘memilih’ pelanggan yang sihat.

Kerajaan menggunakan pendekatan yang sama dengan rancangan insurans swasta Medicare dan faedah ubat preskripsi Medicare.

Kumpulan syarikat insurans berkata tindakan pentadbiran itu mengganggu program yang berjalan dengan baik.

Persatuan The Blue Cross Blue Shield, yang menjadi ahli serta tulang belakang bagi Akta Penjagaan Berpatutan ‘sangat kecewa’ dengan pentadbiran Trump itu.

“Langkah pentadbiran Trump akan meningkatkan premium pada 2019 kepada berjuta-juta individu dan pemilik perniagaan kecil dan menyebabkan pilihan pelan kesihatan yang jauh lebih sedikit

“Ia akan melemahkan akses AS kepada liputan yang berpatutan, terutama mereka yang memerlukan rawatan perubatan paling banyak.” kata presiden persatuannya, Scott Serota dalam satu kenyataan. -AP

habis