Pembantu hal ehwal antarabangsa kepada Presiden Brazil, Filipe G. Martin dalam kenyataan menerusi laman Twitter berkata, Cesare Battisti akan dibawa ke Brazil dan kemudian bakal diserahkan kepada kerajaan Itali.

“Pengganas Itali, Cesare Battisti telah ditahan di Bolivia (sabtu malam) dan akan dibawa ke Brazil kemudian dihantar ke Itali untuk undang-undang,” katanya.

Battisti yang menetap di Brazil dan mendapat perlindungan bekas Presiden, Luiz Inacio Lula da Silva sekian lama diburu kerajaan Itali.