Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Penipuan peserta larian maraton didedahkan

NEW YORK 17 April – Seorang bekas pelari maraton memiliki ‘kemahiran luar biasa’ apabila mampu ‘memberkas’ peserta maraton yang cuba menipu catatan masa larian dengan harapan dapat menyertai pertandingan berikutnya.

Apa yang menarik, Derek Murphy mengesan penipuan berkenaan melalui petunjuk-petunjuk tertentu yang dianalisis di rumahnya di Cincinnati.

Beliau yang juga penganalisis perniagaan akan membuat pendedahan penipuan itu di dalam laman blog yang dikendalikannya, Marathon Investigation.

Semasa penganjuran sesuatu maraton, Murphy akan mewujudkan satu forum khas secara dalam talian tentang pertandingan itu yang ada kalanya mendedahkan skandal penipuan berprofil tinggi.

“Terdapat begitu banyak ‘ke­tegangan’ daripada kes-kes perlumbaan tertentu dan saya tertanya-ta­nya berapa ramai yang telah menipu,” katanya seperti lapor BBC.

Proses penyiasatan Murphy akan bermula dengan melihat keputusan sesuatu perlumbaan.

Menurutnya, catatan masa peserta yang bercanggah dengan tempoh perlumbaan akan diteliti selain melihat kepada petunjuk seperti rekod larian yang terlalu pantas, gambar garis permulaan dan penamat serta rakaman video.

“Bukti tentang keraguan larian peserta itu akan dihantar kepada penganjur maraton berikutnya sebelum mereka akan disingkir daripada menyertai pertandingan tersebut. Semasa perlumbaan maraton New York, sekurang-kurangnya 15 peserta disingkirkan daripada menyertai kejohanan berikutnya iaitu di Boston,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain