Kisah mengenai pengundi di luar negara kemudiannya dikongsi di media sosial.

Pengundi luar negara boleh membuang undi daripada 8 hingga 14 April, tetapi proses pengiraan undi baharu yang dilaksanakan serentak dengan tarikh akhir Pemilu di Indonesia.

Sebelum ini, pengundian di Kuala Lumpur sempat diwarnai dengan barisan yang panjang, selepas Komisi Pemilihan Umum (KPU) mengubah 255 pusat pengundian dari 89 lokasi ke tiga lokasi sahaja.

Tiga lokasi berkenaan adalah di Kedutaan Besar Republik Indonesia, Wisma Duta dan Sekolah Indonesia Kuala Lumpur (SIKL).

Anggota KPU, Evi Novida berkata, jumlah pusat pengundian di Kuala Lumpur dikecilkan kepada tiga lokasi sahaja kerana isu permit.

“Menubuhkan pusat pengundian di luar negara tidak semudah di Indonesia. Di luar negara, kita menubuhkan pusat pengundian di perwakilan Indonesia dan beberapa tempatan lain yang boleh mendapat kebenaran dari kerajaan negara itu,” kata Novida dalam satu kenyataan kepada BBC semalam.

Bagaimanapun, bukan sahaja di Malaysia, kebanyakan pengguna internet turut berkongsi pengalaman mereka beratur panjang ketika mengundi, antaranya di Belanda dan Jepun.

Selain itu, pengundi di Singapura terpaksa beratur panjang selama satu jam pada awal pagi dan tiga atau empat jam ketika waktu siang.

Sementara itu, di Australia, satu petisyen dalam talian menuntut agar pengundian dijalankan semula di Sydney selepas ratusan rakyat Indonesia dilarang untk mengundi meskipun telah beratur lama di hadapan pusat pengundian sejak pagi.

Menurut petisyen tersebut, Panitia Pemilihan Luar Negeri (PPLN) Sydney perlu mengadakan pengundian sehingga selesai dan tidak boleh berakhir pada pukul 6 petang waktu tempatan.

Petisyen itu ditandatangani oleh lebih 25 ribu orang.

Dalam satu kenyataan rasmi Pusat Informasi Pemilihan Umum di wilayah New South Wales, Queensland dan South Australia berkata, tindakan berkenaan terpaksa dilaksanakan selepas mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak serta mengambil kira faktor seperti penggunaan tempoh masa pusat pengundian yang terhad dan isu-isu keselamatan. - AGENSI