Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Penggodam bocor kata kunci, alamat e-mel

Pengguna internet perlu segera tukar elak jadi mangsa jenayah siber

Pengguna internet perlu lebih berhati-hati apabila lebih 700 juta
Pengguna internet perlu lebih berhati-hati apabila lebih 700 juta alamat e-mel dan kata kunci berjaya dibocorkan menerusi program penggodaman yang dilakukan secara besar-besaran.

SYDNEY 31 Ogos - Pengguna internet perlu lebih berhati-hati apabila lebih 700 juta alamat e-mel dan kata kunci yang digunakan berjaya dibocorkan menerusi program penggodaman yang dilakukan secara besar-besaran.

Menurut laporan Mail Online, perkara itu didedahkan oleh seorang pakar keselamatan komputer Australia, Troy Hunt yang menasihatkan semua pengguna internet supaya menukar kata kunci mereka secepat mungkin bagi mengelak menjadi mangsa jenayah siber.

Pembocoran maklumat itu di­percayai dilakukan oleh penggodam dikenali sebagai Onliner yang berpangkalan di Belanda.

Maklumat tersebut dibocorkan selepas pihak tidak bertanggungjawab membenarkan pelawat internet memuat naik pangkalan data tanpa menggu­na­kan kata kunci atau nama pengguna.

Hunt berkata, orang ramai bo­leh memeriksa akaun internet mereka sama ada digodam atau sebaliknya menerusi laman web miliknya iaitu Have I Been Pwned (HIBP).

Godaman yang dicipta oleh penjenayah siber itu bertujuan menyebarkan sejenis virus yang membolehkan maklumat berkaitan perbankan dicuri dan menyebabkan alat peranti memindahkan virus berkenaan kepada pihak lain, termasuk menghantar mesej spam yang sering digunakan dalam penipuan secara atas talian.

Hasil godaman tersebut turut mengandungi berjuta-juta kata kunci yang berkemungkinan digunakan untuk masuk ke dalam akaun pengguna dan mewujudkan mesej spam.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain