Warga emas, 79, itu dilaporkan tinggal di vila lima tingkat, selain memiliki kedai runcit dan hartanah di bandar.

Kisah wanita itu menjadi tajuk utama berita di China pada minggu lalu, selepas kakitangan di Stesen Keretapi Timur Hangzhou memberi peringatan kepada orang ramai melalui pembesar suara agar tidak terpedaya dengan penampilan wanita itu.

Bahkan anak lelaki wanita itu mendedahkan kepada pemberita dalam sebuah acara bahawa keluarga mereka lebih kaya daripada rata-rata keluarga di China. Mereka tinggal di sebuah vila mewah, memiliki beberapa hartanah dengan sebahagiannya disewakan untuk perusahaan tempatan, selain beliau sendiri menguruskan sebuah kilang milik keluarga.

Dia juga telah memberitahu ibunya berkali-kali supaya berhenti meminta sedekah, tetapi wanita itu enggan mendengar kata.

“Saya beritahu ibu bahawa tidak mengapa jika ibu tidak peduli dengan reputasinya, tetapi kami (anak-anak) sebaliknya.

“Saya memberinya makanan yang lazat setiap hari, namun ibu tetap bertegas untuk keluar mengemis. Dari segi wang, ibu lebih kaya daripada kebanyakan orang di sini. Malah ibu mempunyai wang simpanan di beberapa buah bank,” kata lelaki itu. – ODDITYCENTRAL