Berdasarkan kaji selidik melibatkan 5,598 wanita mendapati mereka yang makan makanan segera empat kali atau lebih dalam masa seminggu, hamil hampir sebulan lebih lewat berbanding mereka yang tidak pernah atau jarang memakannnya.

Pengambilan makanan seimbang dan berkualiti termasuk buah-buahan selain mengurangkan memakan makanan segera dapat meningkatkan tahap ke­suburan dan tempoh untuk hamil, kata Prof. Claire Roberts dari Universiti Adelaide, di sini yang mengetuai kajian berkenaan.

Laporan Human Reproduction mendapati penggemar makanan ringan juga sukar untuk hamil dalam tempoh setahun.

Bagaimanapun, terdapat limitasi dalam kajian berkenaan termasuk pergantungannya kepada wanita untuk mengingati apa yang dimakan sebelum hamil.

Wanita di Australia, New Zealand, United Kindom dan Ireland ditanya mengenai apa yang dimakan sebulan sebelum mereka hamil anak pertama.

Penyelidik mendapati wa­nita yang memakan buah kurang daripada satu hingga tiga kali sebulan mengambil masa kira-kira separuh bulan lebih lewat untuk hamil berbanding mereka yang me­ngambil buah tiga kali atau lebih sehari.

Mereka juga mendapati bahawa wanita yang mengambil buah pa­ling rendah bilangannya mempunyai risiko sebanyak 12 peratus mengalami kesukaran untuk hamil dalam tempoh setahun, sementara mereka yang mengambil makanan segera empat kali atau lebih dalam masa seminggu terdedah kepada risiko seba­nyak 16 peratus.

Ini berbanding dengan risiko sebanyak lapan peratus dalam kumpulan tersebut secara keseluruhannya.

Prof. Claire Roberts dari Universiti Adelaide, Australia yang mengetuai kajian berkenaan, berkata: “Hasil kajian ini me­nunjukkan bahawa pengambilan makanan yang seimbang dan berkualiti termasuk pengambilan buah selain mengurangkan pengambilan makanan segera meningkatkan tahap kesuburan dan mempercepatkan tempoh untuk hamil.

Bagaimanapun, walaupun pe­nyelidik mendapati terdapat hu­bung kait antara pengambilan buah-buahan dan makanan segera de­ngan masa yang diambil untuk hamil, apa yang mengejutkan kajian berkenaan tidak me­nemukan sebarang kaitan perkara itu dengan pengambilan sayur-sayuran hijau dan ikan.