LOPE DAGOY

Kejadian mengejutkan itu berlaku di Malacanang Park, pangkalan bagi unit pengawal Duterte, PSG yang terletak berhampiran kediaman rasmi Bahay ng Pagbabago milik pemimpin itu.

Komander PSG, Lope Dagoy (gambar) berkata, Duterte tidak berada di kawasan itu ketika kejadian dan menganggap insiden tersebut sebagai kes terpencil.

“Kejadian itu sedang disiasat dan maklumat berkaitannya masih perlu mendapat pengesahan pihak berkuasa. Kita juga tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenainya.

“Kami menolak sebarang kemungkinan aktiviti keganasan atau perbuatan khianat,” katanya.

Mayat pengawal PSG yang berusia 37 tahun itu ditemukan di tempat kejadian pada pukul 8.45 pagi waktu tempatan dengan satu kesan luka tembakan di dada.

Dagoy berkata, polis menyiasat kejadian itu dan sudah memaklumkan Duterte mengenainya.

Duterte terkenal dengan tindakannya yang sukar dijangka dan sering menyebabkan kekeliruan dengan perubahan mendadak pada jadual hariannya yang biasanya bermula pada sebelah petang.

Beliau juga dilaporkan jarang menginap di kediaman itu sebaliknya sering menghabiskan hujung minggu di Davao City. – REUTERS