KAZUO Kashio meninggal dunia akibat penyakit pneumonia aspirasi hari ini. - Agensi

Kashio, 89, dikatakan menghidap penyakit pneumonia aspirasi yang berpunca daripada makanan atau cecair.

Beliau sebelum ini membangunkan kalkulator jenama Casio Mini dan membantu mempopularkan jam tangan G-Shock di peringkat antarabangsa sejak 1983.

Syarikat berkenaan berkata mereka masih merancang acara pengebumian Kashio. - AP