Dubke yang juga seorang pakar strategi berpengalaman daripada Parti Republikan dilantik oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump Mac lalu sebagai sebahagian daripada strategi untuk menguasai media di AS.

BBC News melaporkan, ketika ini, jawatan Dubke dipangku Setiausaha Akhbar White House, Sean Spicer buat sementara waktu.

Axios News dalam pada itu pula melaporkan, Dubke telah menyerahkan surat perletakan jawatannya pada 18 Mei lalu dalam keadaan yang baik.