Kim Ki-duk, 58, merupakan salah seorang pengarah filem ternama yang pernah meraih pelbagai anugerah termasuklah Golden Lion di Festival Filem Venice 2012 untuk filem ‘Pieta’.

Namun seorang pelakon wanita mendakwa Ki-duk melakukan penderaan fizikal dan seksual dengan memaksanya melakonkan babak berahi yang tidak ada dalam skrip pada 2017.

Pelakon terbabit turut mendakwa Ki-duk menamparnya berkali-kali ketika menjalani penggambaran filem ‘Moebius’ pada 2013, sebelum pengarah itu menggantikannya dengan pelakon lain.

Awal tahun ini, pendakwa raya menarik balik dakwaan tersebut ekoran kekurangan bukti tatapi Ki-duk disaman sebanyak AS$4,600 (RM18,801) kerana melakukan serangan berbentuk fizikal.

Bulan lalu, Ki-du memfailkan pampasan sebanyak AS$265,000 (RM1.1 juta) terhadap kumpulan hak asasi wanita, Womenlink.

Pengarah itu mendakwa reputasinya terjejas terus terutamanya selepas Womenlink mendesak penganjur festival filem antarabangsa membatalkan jemputan mereka untuk Ki-duk. - AFP