Golongan sami Buddha dan kumpulan etnik Rakhine mengadakan bantahan di 15 bandar termasuklah di ibu negeri Rakhine iaitu Sittwe.

Mereka menuntut supaya semua organisasi yang terlibat meninggalkan negeri di bahagian barat negera itu dengan kadar segera.

“Kami akan membantah lagi dan lagi sehingga tuntutan kami dipenuhi. Jika kerajaan gagal bertindak, itu adalah tanggungjawab mereka,” kata ketua tunjuk perasaan terbabit, Htay Aung. - REUTERS