AKTIVIS yang juga penerima Anugerah Nobel, Liu Xiaobo meninggal dunia pada usia 61 tahun hari ini. -REUTERS

Menurut biro terbabit, Xiaobo dipercayai mati akibat kegagalan pelbagai organ dalamannya berfungsi.

Xiaobo yang juga penulis terkenal di peringkat antarabangsa itu sebelum ini dijatuhi hukuman penjara selama 11 tahun pada 2009 kerana didakwa cuba menggulingkan kerajaan.

Beliau bagaimanapun mendapat parol perubatan selepas didiagnosis dengan penyakit kanser hati sejak Mei lalu.

Xiaobo menerima Anugerah Nobel itu pada 2010 kerana usaha berterusannya dalam memperjuangkan hak asasi manusia di China. -DPA