Memetik manifesto itu, antara alasan serangan itu adalah bagi mengurangkan jumlah pendatang asing di tanah Eropah selain membalas dendam terhadap serangan di Stockholm, Sweden pada 2017 yang mengorbankan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun.

Lapor AMP News, penembak yang memperkenalkan diri sebagai ‘Brenton Tarrant’ di Twitter, itu berkata, dia melakukan serangan itu atas dasar tanggung jawabnya untuk mempertahankan masa depan negara dan kaumnya.

Lelaki berkulit putih yang berusia 28 tahun itu turut mendakwa yang dia merancang serangan itu sejak dua tahun lalu dan dia hanya mengambil keputusan untuk menyasarkan masjid-masjid di Christchurch, tiga bulan yang lalu.

Dalam nota manifesto itu, Tarrant juga menyatakan kebimbangannya mengenai kehilangan kaum dan bangsa Eropah akibat penghijrahan ke luar New Zealand.

“Ia semua berlaku melalui penghijrahan. Ini penggantian etnik. Ini penggantian bangsa. Ini penggantian kaum,” tegasnya.

Sambil mendakwa dirinya mewakili jutaan warga Eropah, Tarrant berpendapat dia perlu mengalas tanggung jawab bagi memastikan masa depan yang cerah kepada kanak-kanak berkulit putih dan penduduk di situ. -AGENSI