Depp sekali lagi akan membawakan watak popularnya sebagai Kapten Jack Sparrow dalam sekuel terbaru itu, yang diarahkan oleh Rob Marshall, yang turut mengarahkan filem Nine.

Jalan cerita Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides lebih mendalam berbanding kisah pencarian harta karun Blackbeard, namun ceritanya akan bertumpu di sekitar mata air legenda, Fountain of Youth.

Watak yang bakal dimainkan Cruz juga masih dirahsiakan, tetapi aktres itu dikhabarkan akan memegang watak musuh kepada Sparrow.

Skrip sekuel keempat filem Pirates of the Caribbean itu ditulis oleh Terry Rossio dan Ted Elliot, sementara Jerry Bruckheimer bertindak sebagai penerbit.

Kerjasama terbaru ini bakal menyatukan semula Marshall dengan Cruz, yang menerima pencalonan Oscar bagi kategori pelakon pembantu wanita terbaik menerusi filem Nine.

Cruz memenangi anugerah Oscar bagi kategori sama pada 2008 menerusi Vicky Cristina Barcelona.

Penggambaran filem Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides dijadual dimulakan di Hawaii pada musim panas ini dan Disney menjangka ia akan ditayangkan pada 20 Mei tahun depan. - Reuters