Demikian dinyatakan dalam satu tinjauan oleh badan kebajikan Mercy Corps, melibatkan 1,600 orang di lebih 120 komuniti di seluruh Syria.

Tinjauan tersebut jelas menunjukkan nasib orang awam yang menderita akibat perang saudara yang berlarutan hampir lapan tahun itu.

Tinjauan yang disokong kerajaan Britain itu mendapati orang awam berdepan kira-kira dua insiden yang berkaitan dengan konflik setiap minggu termasuk kecederaan atau kematian dan kemusnahan rumah, sekolah, klinik serta masjid. - REUTERS