Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Penduduk Somalia alami gangguan internet

MOGADISHU 17 Julai – Penduduk Somalia terpaksa berdepan de­ngan masalah gangguan internet dan menyebabkan kerugian kepada sektor perniagaan ekoran kabel di dasar laut yang terputus sejak beberapa minggu lalu.

Menteri Pos dan Telekomunikasi, Abdi Anshuur berkata, perkara tersebut berlaku selepas sebuah kapal dikatakan memotong kabel dasar laut yang meng­hubungkan dengan rangkaian data global.

Ekoran itu, banyak perniagaan terpaksa ditutup dan penuntut universiti turut mengadu berdepan dengan masalah pem­belajaran.

“Ketiadaan internet menandakan berakhirnya punca pendapatan saya,” kata seorang penduduk, Mohamed Nur.

Mohamed berkata, pendapatan bulanannya sebanyak AS$500 (RM2,143) terjejas selepas tidak dapat menjana hasil daripada bidang pengiklanan yang diba­ngunkan melalui laman perkongsian video popular, YouTube.

Bagaimanapun, tidak semua penduduk ‘menderita’ dengan ketiadaan internet, khususnya kepada golongan konservatif.

“Isteri saya pernah melayari YouTube atau Facebook setiap masa. Sekarang saya gembira, internet tidak disangkal lagi adalah alat yang menjerumus kepada keburukan,” kata Mohamud Osman.

Tambah Mohamed, tabiat isterinya yang gemar melayari internet menyebabkan urusan penjagaan anak-anak mereka terganggu. – REUTERS

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain