Seorang penduduk tempatan, Bejay Walker yang berjaya me­rakam fenomena itu dengan kame­ra litar tertutup (CCTV) rumah­nya berkata, objek terbakar itu muncul di langit pada kira-kira pukul 7.40 malam waktu tempatan.

Bagus Sugiono juga cukup bertuah apabila melihat sepintas lalu bebola api itu semasa sedang memandu di Jandakot di pinggir selatan Perth.

ABC News melaporkan, bebola api itu dipercayai tahi bintang yang memasuki atmosfera Bumi.

Kebanyakan penduduk Perth turut memuat naik fenomena itu di media sosial bagi menyua­rakan kekaguman mereka dan bertanya jika ada pengguna internet lain turut sama melihat objek berkenaan.

Pihak Perth Observatory da­lam pada itu menerima berpuluh-puluh rakaman video dari orang ramai yang merakam bebola api melintasi langit daripada CCTV rumah mereka dan dash cam kende­raan masing-masing.

Jabatan Perkhidmatan Kecemasan dan Kebakaran turut dibanjiri dengan panggilan telefon daripada saksi yang mendakwa melihat bebola api tersebut.

Sementara itu, saintis dari Universiti Curtin sedang cuba menyiasat sama ada tahi bintang itu jatuh ke Bumi serta lokasinya.

Menurut Pengarah Desert Fireball Network, Profesor Phil Bland, terdapat kemungkinan objek itu jatuh ke Bumi.

“Ia juga kelihatan seperti kita melihatnya pada pelbagai kame­ra yang bermaksud kita mampu untuk menganggarkan dengan tepat bagaimana ia datang melalui atmosfera, kedudukannya, kelajuannya, saiz dan menyelesaikan daripada sistem solar mana tahi bintang itu ber­asal dan jika ia jatuh ke Bumi,” katanya. 
– REUTERS