Amaran berjaga-jaga dikeluarkan penguatkuasa tempatan apabila kumpulan besar beruang kutub itu menceroboh dan berkeliaran di sekitar hadapan pintu masuk pangsapuri awam.

Namun, penduduk di kawasan itu diingatkan tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana individu yang mencederakan haiwan yang semakin pupus itu.

Penolong ketua pentadbiran tempatan, Aleksandr Minayev berkata orang ramai dalam ketakutan, tidak berani keluar rumah dan kehidupan harian mereka terjejas akibat kehadiran beruang-beruang tersebut.

“Ibu bapa khuatir untuk menghantar anak-anak ke sekolah dan taska.

“Beberapa kes sebelum ini dilaporkan membabitkan sekumpulan haiwan liar yang masuk ke dalam pejabat dan kediaman awam, kemudian menyerang orang ramai,” katanya.-AGENSI