Hari ini masuk hari ke-62, Khader yang merupakan pemimpin kumpulan Jihad Islam melancarkan mogok lapar kerana membantah penahanannya.

“Kami semua adalah Khader Adnan,” laung penunjuk perasaan bersama para aktivis daripada beberapa parti politik utama Palestin.

Khader, 33, menolak untuk makan sejak pertengahan Disember lalu kerana membantah penahanannya di Tebing Barat, tanpa sebarang dakwaan.

Khader ditahan di bawah peraturan yang digelar penahanan pentadbiran, yang membenarkan Isreal menahannya tanpa dibicarakan atau didakwa.

Kumpulan Jihad Islam berkata, keganasan akan menjadi bertambah buruk sekiranya Khader meninggal dunia, berikutan laporan yang menyatakan kesihatannya semakin merosot sejak akhir-akhir ini. - REUTERS