Ini susulan seminggu selepas tragedi serangan pengganas yang meragut 50 nyawa di dua buah masjid di Christchurch.

Wartawan Stuff New Zealand, Tommy Livingston yang berada di Masjid Komuniti Islam di Wellington memberitahu, orang ramai berdiri di luar masjid sebagai sokongan ketika umat Islam mengerjakan solat Jumaat di dalam masjid tersebut sambil dikawal pihak polis.