Demonstrasi itu juga dilakukan sebagai reaksi balas kepada serangan-serangan terhadap masjid di negara ini, ekoran rasa benci terhadap kumpulan militan di negara asing.

Jurucakap Majlis Penyelarasan Islam, Ali Kizilkaya berkata, umat Islam perlu bersatu dan menyatakan kebencian terhadap tindakan menyerang rumah ibadat termasuk masjid, gereja, kuil dan sebagainya.

Pengerusi Majlis Pusat Islam, Aiman Mazyek pula berkata, penduduk Islam Jerman dengan jelas mahu menyatakan bantahan mereka terhadap kumpulan seperti Negara Islam (IS) serta pergerakan militan di Iraq dan Syria. - AFP