Kebakaran berkenaan menyebabkan penutupan salah satu jalan raya paling sibuk di negara itu serta mengakibatkan asap tebal di seluruh Athens.

Pihak berkuasa menghantar anggota bomba dan peralatan ke kawasan kebakaran di Kineta, sebuah bandar pelancongan kecil yang terletak kira-kira 54 kilometer barat Athens.

Menurut pegawai tempatan, angin kuat menyebabkan api merebak sehingga 6 kilometer. - REUTERS