Polis dalam satu kenyataan berkata, kawasan yang terletak kira-kira 350 kilometer daripada Christchurch mempunyai kepentingan berkaitan serangan masjid yang meragut 49 nyawa.

“Pemindahan (penduduk) ke kawasan berhampiran sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya tanpa memberi maklumat lanjut.

Polis sebelum ini memaklumkan telah menjumpa dua bahan letupan dalam sebuah kenderaan yang digunakan lelaki bersenjata yang melakukan serangan di buah masjid. -AFP