Beberapa keping gambar yang disiarkan oleh agensi beri­ta Antara menunjukkan bangkai buaya yang masih berdarah dalam longgokan besar di sebuah ladang pembiakan haiwan tersebut di daerah berkenaan.

Ketua Badan Pengelola Sumber Alam di Papua Barat, Basar Manullang dalam satu kenyata­an memaklumkan, lelaki terbabit berusia 48 tahun dikatakan masuk ke ladang itu untuk memotong rumput sebelum dise­rang seekor buaya.

“Pekerja mendengar seseorang menjerit meminta tolong dan bergegas ke lokasi kejadian. Namun, dia tidak dapat berbuat apa-apa apabila melihat mangsa diserang buaya,” katanya.

Beliau memberitahu, selepas pengebumian mangsa pada Sabtu lalu, penduduk kampung memasuki ladang itu dan membunuh semua buaya.

Jelasnya, ladang tersebut diberi lesen pembiakan untuk melindungi spesies buaya New Guinea pada 2013 serta beberapa haiwan lain.

“Tetapi, salah satu syarat ia­lah reptilia tersebut tidak mengganggu penduduk setempat. Untuk mengelak kejadian sama berulang, pemegang lesen perlu memastikan keselamatan kawasan sekitar,” katanya.

Tambah beliau, agensinya kini sedang bekerjasama de­ngan pihak polis untuk menyiasat kejadian itu. – REUTERS