Kumpulan tersebut telah di­bawa ke sebuah bangunan bekas sekolah memandu di bandar Adra di timur laut Damsyik de­ngan bantuan Pusat Perdamaian Rusia dan tentera Syria.

Jurucakap pusat berkenaan, Mejar Jeneral Vladimir Zolotukhin berkata, dalam tempoh dua hari mereka berjaya menya­lurkan bantuan yang diperlukan termasuk perubatan.

Penduduk awam memberitahu, sebelum ini mereka hidup dalam ketakutan kerana bimbang dibunuh oleh kumpulan militan jika melakukan sebarang kesalahan.

“Kehidupan amat sukar. Me­reka (kumpulan militan) menaik­kan harga barang dan mengena kan peraturan ketat, kepala kami boleh dipenggal meskipun jika melakukan kesalahan kecil,’’ kata seorang penduduk yang berjaya keluar dari kawasan terbabit.

Menurut lelaki itu, mereka meninggalkan Misraba yang dikuasai tentera Syria dan keadaan di kawasan itu telah stabil.

“Kami menderita selama tujuh tahun. Kami di Misraba berkecua­li, tidak menyokong mana-mana pihak tetapi kami (masih) tidak boleh meninggalkan bandar ini dan juga tidak mampu berbuat apa-apa kerana mereka enggan melepaskan kami. Malah kami dikawal dan ditekan,” kata seorang wanita.