“Sebanyak 22 orang guru meninggal dunia. Selain itu, 22 orang pelajar juga terkorban,” jelas Ketua BNPB, Willem Rampangilei dalam sidang akhbar di pejabat BNPB di Jakarta Timur di sini semalam seperti dilaporkan Liputan6.com.

Menurut beliau, 14 orang guru dipercayai masih lagi hilang manakala dua yang lain menerima rawatan.

“Selain itu, 33 pelajar masih hilang dan seorang masih di­rawat,” katanya.

Willem memberitahu, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan kini sedang berusaha memulihkan keperluan pendidikan di Palu-Donggala.

“Namun, ramai guru terma­suk penjaga pelajar kini berada dalam keadaan trauma sehingga melarang anak-anak mereka pergi bersekolah,” ­katanya.

Jelas beliau, disebabkan beberapa guru masih lagi trauma, pihak kementerian telah membawa beberapa tenaga pengajar secara sukarela untuk membantu institusi pendidikan di Palu-Donggala.

“Tambahan tenaga pengajar sedang diusahakan. Sedia maklum, banyak guru dari luar Palu. Mereka kini digesa segera kembali ke Palu dalam me­rangka usaha pemulihan,” tambahnya.