BBC melaporkan, mangsa, Briton Tom Ballard dan Italian Daniele Nardi kali terakhir berhubung dari Nanga Parbat pada altitud sekitar 6,300 meter.

Pada Rabu lalu, pencarian dihentikan namun disambung selepas terlihat ‘bentuk badan’ pada laluan dilalui pendaki-pendaki.

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa dua ‘bentuk itu merupakan mangsa yang hilang.

Menurut Duta Italy ke Pakistan, Stefano Pontecorvo, pendaki Sepanyol, Alex Txikon menemukan mayat mereka di laluan Mummery Spur.