Indentiti mereka ba­gaimanapun tidak didedahkan namun tiga daripada empat tertuduh dipercayai berkaitan dan berumur bawah 21 tahun ketika jenayah tersebut dilakukan, Mac tahun lalu

Pihak berkuasa Jerman percaya, syiling emas Big Map­le Leaf Kanada yang pernah diiktiraf sebagai terbesar di dunia itu telah dileburkan.

Pendakwa raya berkata, tiga daripada tertuduh masuk ke dalam muzium itu melalui tingkap dengan menggunakan tangga, kereta sorong dan tali untuk mengeluarkan duit syiling tersebut daripada cermin pameran kalis peluru berkenaan.

Tertuduh keempat yang merupakan pengawal ke­selamatan di muzium itu dituduh membantu mereka.

Kesemua mereka yang di­dakwa dengan kecurian serius dilaporkan berdepan hukuman penjara tiga tahun, 10 bulan atas kesalahan itu.

Duit syiling berdiameter lebih setengah meter dan ketebalan tiga sentimeter itu diperbuat daripada emas tulen dan hanya enam sahaja yang dihasilkan Royal Canadian Mint pada 2007.

Syiling yang dipinjamkan ke muzium persendirian itu mempunyai nilai sebanyak AS$1 juta (RM4.1 juta) namun dianggarkan bernilai empat kali ganda dari itu. – REUTERS