Lelaki dikenali sebagai E.K.I yang ditangkap Sabtu lalu, sebelum ini pernah dipenjarakan lima tahun kerana terlibat dengan kumpulan pengganas.

Beliau dipercayai memecah masuk pejabat pakar perubatan pendakwa raya dan melarikan beberapa barang termasuk cakera keras yang menyimpan dokumen penting.

Suspek bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan kesemua barang yang dilarikan masih belum ditemui.- REUTERS