Anne-Elisabeth Hagen, 68, isteri kepada pelabur hartanah, Tom Hagen, hilang pada 31 Oktober lalu, tetapi berita mengenai kehilangannya tidak pernah didedahkan dan polis menjelaskan bahawa mereka tidak dapat mengesahkan sama ada wanita itu masih hidup.

“Terdapat permintaan untuk tebusan, dan ancaman serius. Kita nasihatkan ahli keluarga wanita itu supaya tidak membuat sebarang bayaran tebusan,” kata jurucakap polis Inspektor Tommy Broeske.

Akhbar tabloid Verdens Gang yang memetik sumber sebagai berkata, tuntutan untuk tebusan itu bernilai 9 juta euro (RM42 juta) dalam bentuk mata wang kripto.

Polis bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai jumlah tuntutan berkenaan.

Majalah bisnes Kapital menganggarkan nilai bersih kekayaan Tom Hagen sekitar AS$200 juta (RM821 juta). – REUTERS