STAN Lee (tengah) bergambar dengan karakter Spider-Man dan aktor Lou Ferrigno pada Februari 1988 di Universal CityWalk di Los Angeles. - REUTERS

Anak perempuannya, J.C. Lee tidak memaklumkan punca kematian bapanya namun laman sesawang berita selebriti TMZ melaporkan, keluarga berkenaan telah menghubungi ambulans ke rumah mereka di Hollywood Hill awal pagi semalam.

Lee dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Cedars-Sinai.

Selain watak tersebut Lee turut mencipta watak adiwira Marvel lain termasuk Black Panther dan muncul sebagai pejuang mitos dalam budaya pop selain mencipta kejayaan menerusi filem yang dihasilkan. - REUTERS